Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows Microsoft Windows

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pengoperasian Windows antaranya ialah gangguan virus, penggodam, worm, dan lain-lain.

Kelebihan

Dalam sistem pengoperasian Microsoft Windows terdapat banyak kelebihan terutamanya dalam Windows XP (SP2).

Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows XP SP2 ialah:

  1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan pengguna akan mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
  2. Menambah baik ciri perlindungan aspek privasi pengguna terutamanya apabila berada dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian pengguna dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC pengguna daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
  3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan pengguna mengenai pindah terima yang mungkin berbahaya di samping memberikan pengguna pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.
  4. Mengurangkan gangguan tetingkap timbulan. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker menjadikan pelayaran Internet pengguna lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu pengguna mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
  5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC pengguna dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 dilengkapi Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Hal ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
  6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan pengguna melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
  7. Menyediakan kemas kini keselamatan yang mudah. Penambahbaikan ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemas kini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet dailan memindah terima kemas kini dengan lebih efisyen.
  8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambahbaikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel pengguna dieksplotasi oleh penghantar spam.
  9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager dalam Internet Explorer memudahkan pengguna melihat dan mengawal perisian tambahan. Hal ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan pengguna boleh melayari web dengan bebas.
  10. Memudahkan penggunaan tanpa wayar. SP2 terus menyokong penggunaan tanpa wayar dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian tanpa wayar di rumah atau dalam perjalanan.